title

2 Sep 2011

Nasi lemak tujuh posen (puluh sen)

Hari keempat Aidilfiri 2011, kami telah pun berada di Parit Buntar, hari ni akan ke Alor Setar melawat Mak Teh, tetapi pagi-pagi kene pergi beli sarapan dulu.


Tempat utama ialah ke market Parit Buntar.


Ramai orang membeli keperluan. Khabarnya untuk menjamu sanak saudara yang datang berkunjung. Ke rumah, bukan ke merket ni.


Ramai orang serbu. Kejap lagi abis la tu. Tapi subjek kita ialah di sebelah kiri.


Ini nasi lemak. Penuh atas meja. Bawah ada lagi dua bakul besar. Tiada pelanggan. Kucing tunggu makan.


Nasi lemak Satu Malaysia (lihat jari pakcik tu). Hanya tujuh posen (puluh sen). Percayalah semua bungkus ini akan habis (bila gerai sebelah habis). Macamana rupa nasi lemak tujuh posen ni?


Tadaaaaaaa. Ini la dia rupa dalamnnya. Nasi lemak ikan bilis. Tiada telur, tiada timun apatah lagi sambal kerang. Nampak ringkas tetapi amat sedap. Diakui oleh isteriku dari pantai timur.


Mengingatkan aku akan zaman di Universiti dulu. Geng penjual nasi lemak letak jualan depa dan tabung duit kat foyer. Tinggalkan begitu saja. Sapa nak beli, amik kuantiti nasi yang di kehendaki dan masukkan jumlah wang yang betul dalam tabung. Honesty at its best. 

No comments: