title

26 Oct 2011

Homestay Kerteh

Pada aku konsep homestay adalah konsep yang paling disalahgunakan oleh rakyat Malaysia. Homestay dalam istilah yang betul merujuk kepada  form of tourism and/or study abroad program that allows the visitor to rent a room from a local family to better learn the local lifestyle as well as improve their language abilitySepatutnya homestay bertindak sebagai agen pelancongan. Tetapi di Malaysia, perkataan homestay lebih merujuk kepada furnished rent house. Paling banyak di manfaatkan oleh geng-geng pertunangan dan perkahwinan. Yela, nak sewa hotel tidak ekonomikal kerana biasanya rombongan ni ramai jadi lebih baik sewa homestay dan duduk ramai-ramai sehari dua. 

Baiklah, selesai membebel. Jadi kepada mereka yang mencari homestay di Kerteh bolehlah rujuk senarai di bawah. Aku dapat dari kad jemputan kahwin staff opis aku. Oleh kerana aku scan maklumat guna ocr jadi untuk maklumat yang lebih tepat dan tambahan untuk kawasan Kuantan sila tengok gambar yang tertera.


1. Kerteh Inn
Address : K8813,Znd Floor, Bangunan MPK Kerteh, Jalan Besar.
24300 Kerteh, Terengganu
Tel : +609-826 6627

2. S'diaa Homestay Kerteh
Website : http://sdiaahomestay.blogspot.com
Tel: 013-935 6318

3. Homestay Murah di Kerteh
Website : http://kertehhomestaymurah.blogspot.com
Tel: 019.252 6079 / 019-919 6079 (Puan Nm)

4. MN Homestay di Kerteh
Website : http://www.mudah.my/MN+Homestay+di+Kerteh-9975015.h~
Tel : 013-983 3064 / 019-915 5476 (Norizan)

5. Homestay di Kerteh
Website : http://www.mudah.my/Homestay+di+Kerteh-8918867.htm
Tel : 013-389 8617 / 03-5510 4328 / 09-864 3479 (Omar)

6. Nurani Homestay di Kerteh
Website : http://www.mudah.my/nurani_homestay_di_kerteh_nurani_homestay_
Tel: 09-827 5899 / 019-983 9288 (Nurani)
I Fax : 09-827 4899 I 

7. Kerteh Lodge
Address : Blok 244, Bandar B m Kerteh, 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu
Website : http://kertehlodge.blogspot.com/
Tel : 09-826 5307 / 04826 4307
Fax : 04826 3452.


Klik untuk gambar lebih besar.



25 Oct 2011

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Da'i


Nota Hati Seorang Da'i - Nota 32

Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak hidup.

Mati adalah satu permulaan hidup yang abadi. Kata Umar, manusia diciptakan untuk hidup selamanya.

Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Lihat Imam Nawawi, Syafie, Ghazali dan Khalifah Umar Ibn Aziz.

Petua panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, ilmu dan jasa.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 33

Amal yang baik melimpah manfaatnya pada orang lain.

Amal mesti atas dasar kasih kepada Allah. Fadhilat itu tanda kasih Allah kepada kita.


Nota Hati Seorang Da'i - Nota 34

Tanda seorang yang mengalami sakit jiwa ialah apabila dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya sendiri.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 35

When you stop learning, you stop leading.

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang yang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 36

Kita tidak serius dengan solat kerana merasakannya tidak penting. Kerana tidak terasa Allah S.W.T penting dalam kehidupan kita. Oleh kerana itu kita jarang tahu makna bacaan solat kita. 

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 37

Petua tambah rezeki
Luaskan - Luaskan pengertian rezeki.
Berikan - Memberi itu menambah kekurangan orang lain.
Syukur - Syukur dengan lidah, anggota dan hati.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 38

Mengapa sukar memaafkan? Kerana ego. Kenapa ego? Kerana tidak berasa kebesaran Allah S.W.T. 

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 39

Dosa kepada manusia terbahagi kepada empat. Harta, agama, keluarga dan diri.
Harta - dosa mencuri, menipu, tidak amanah.
Agama - tuduhan fasiq munafiq.
Keluarga - aniaya, fitnah.
Diri - umpat, sakiti fizikal.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 40

Dalam bab ini isu perempuan bertudung dianalogikan dengan pemakaian topi keledar atau tali pinggang keselamatan. Analogi yang sangat menarik dan tepat. Mesti baca.