title

18 Oct 2011

Kerja-kerja dan pengaruh jahat syaitan


Dipetik dari Ustaz Yusof Embong. Sila lawati untuk artikel penuh yang mengandungi cara-cara untuk mengatasi godaan-godaan syaitan ini.

Ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh :

1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar. Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran.
2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh.
3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya.
4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. : “Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya”. (Riwayat Muslim).
5. Syaitan juga membawa mimpi-mimpi ngeri bagi menjadikan manusia berada dalam sedih.
6. Syaitan ketawa apabila seseorang menguap kerana ia tanda kemalasan.
7. Syaitan juga bertenggek atas batang hidung setiap manusia.
8. Syaitan mewaswaskan manusia.
9. Was was yang paling utama ialah ketika solat.
10. Lupa juga berpunca daripada syaitan. 
11. Syaitan juga akan berusaha agar umat Islam sentiasa berada dalam permusuhan dan persengketaan sesama sendiri. 12. Akkhir sekali, syaitan sentiasa bekerja bagi menyesatkan manusia. 

No comments: