title

25 Oct 2011

Nota Hati Seorang Lelaki - Nota Hati Seorang Da'i


Nota Hati Seorang Da'i - Nota 32

Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia mati, maka dia tidak layak hidup.

Mati adalah satu permulaan hidup yang abadi. Kata Umar, manusia diciptakan untuk hidup selamanya.

Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Lihat Imam Nawawi, Syafie, Ghazali dan Khalifah Umar Ibn Aziz.

Petua panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, ilmu dan jasa.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 33

Amal yang baik melimpah manfaatnya pada orang lain.

Amal mesti atas dasar kasih kepada Allah. Fadhilat itu tanda kasih Allah kepada kita.


Nota Hati Seorang Da'i - Nota 34

Tanda seorang yang mengalami sakit jiwa ialah apabila dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya sendiri.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 35

When you stop learning, you stop leading.

Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang yang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 36

Kita tidak serius dengan solat kerana merasakannya tidak penting. Kerana tidak terasa Allah S.W.T penting dalam kehidupan kita. Oleh kerana itu kita jarang tahu makna bacaan solat kita. 

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 37

Petua tambah rezeki
Luaskan - Luaskan pengertian rezeki.
Berikan - Memberi itu menambah kekurangan orang lain.
Syukur - Syukur dengan lidah, anggota dan hati.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 38

Mengapa sukar memaafkan? Kerana ego. Kenapa ego? Kerana tidak berasa kebesaran Allah S.W.T. 

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 39

Dosa kepada manusia terbahagi kepada empat. Harta, agama, keluarga dan diri.
Harta - dosa mencuri, menipu, tidak amanah.
Agama - tuduhan fasiq munafiq.
Keluarga - aniaya, fitnah.
Diri - umpat, sakiti fizikal.

Nota Hati Seorang Da'i - Nota 40

Dalam bab ini isu perempuan bertudung dianalogikan dengan pemakaian topi keledar atau tali pinggang keselamatan. Analogi yang sangat menarik dan tepat. Mesti baca.

No comments: