title

15 Dec 2011

Ke Kuala Terengganu

Alhamdulillah, selamat sampai dari Kuala Terengganu semalam. Best trip kalo pun tak best trip ever (best trip ever mestila balik kampung). Dua hari Allah Kurniakan cuaca yang bagus. Sedikit rangkuman ringkas.

1. Kuala Terengganu menyambut ketibaan pulang Tuanku Sultan Mizan sempena baginda habis term as Agong. ( maaf aku tak ingat term istananya bagaimana). Semalam selepas balik dari Pasar Payang kedengaran tembakan meriam, mungkin menunjukkan ketibaan Sultan.

2. Pantai Batu Buruk is cool as ever. Lagi happening dari Teluk Cempedak.

3. Muzium Negeri tak best. Masih dalam proses renovasi. Dalam gelap, ada tiga tingkat pameran tapi kalo tak ada stamina jangan masuk sebab tiada eskalator, (aku rasa lif tu untuk kakitangan sahaja). Sayani RM5 anda. Luar ok. Boleh tengok Caddilac Sultan.

4. Kalau merancang nak pergi ke Taman Tamadun Islam atau Masjid Kristal, sila pergi waktu petang.

More to come.

No comments: