title

17 Dec 2011

Pantai Batu Buruk

Kuala Terengganu merupakan sebuah bandaraya. Slogan untuk bandaraya ini ialah Bandaraya Warisan Pesisir Pantai, sebab memang dekat dengan pantai. Mana-mana pergi dalam Kuala Terengganu ni mesti nampak pantai, kalau tak pun nampak kuala sungai. Jadi amat tidak berpatutan jika pantai di bandaraya ini tidak dibangunkan untuk kemudahan pelancongan. Maka jadilah pada pendapat aku antara pantai yang "happening" yang aku pernah sampai ini ialah Pantai Batu Buruk. Ramai orang walaupun pada hari bekerja.


Ada tamang permainang, besar dan banyak.


Taman permainan lagi. Yang tak bestnya sebab berpasir, tidak diletakkan lapik getah, jadi kurang selesa pada yang berkasut.


Ada kereta kuda. 



Tunggang kuda sekor pun ada jugak. Tapi kene bagi makan rumput dulu. Rumput dijual berasingan. Kat belakang sana ada jualan layang-layang atau kite.


Angin kuat, jadi memang berbaloi beli layang-layang.


Kalo tak mampu beli layang-layang, main pasir pun seronok jugak.


Makan malam pun di Batu Buruk. Malam-malam pun ada eskrim, tak payah gi Baskin Robin.


Harga makanan agak mahal, dua orang makan cecah RM20. 

No comments: