title

16 Dec 2011

Pasar Payang

Tiadalah lengkap kunjungan seseorang ke Kuala Terengganu jika tidak berkunjung ke Pasar Payang. Oleh kerana lokasinya memang strategik kerana berdekatan dengan tempat pelancongan lainnya seperti Dataran Shahbandar, Kampung Cina dan Masjid Abidin, maka juga kebarangkalian untuk tidak ke Pasar Payang adalah amat tipis.



Kedudukan Pasar Payang View Larger Map


Tingkat atas khusus menjual pakaian, terutamnya batik. Memang banyak pakaian berasaskan batik di sini.


Bahagian tingkat bawah yang menjual barangan perkakasan rumah dan barangan logam.


Tak tahu bagaimana bola pingpong yang rosak di jual di bahagian makanan.


Banyak keropok, manisan dan kekacang di jual di sini.


Kawasan ni banyak jual serunding secara pukal.


Kek durian resepi rahsia.


Sudut jualan buah-buahan.



Terengganu pun ada dukunya sendiri.


Menarik. Beca yang semakin jarang dilihat.


Musim durian sekarang. Semakin banyak hotel di Kuala Terengganu mula membenarkan durian memasuki premis mereka. 




















No comments: