title

4 Dec 2011

Pekan Nat Pokok Sena

Pasar malam, pasar pagi dan pasar sehari merupakan identiti masyarakat Malaysia, juga boleh diletakkan identiti orang-orang Nusantara just in case kalau diaorang nak butthurt jika dikatakan orang Malaysia cedok dan claim kita punya (kamu tahu aku maksudkan siapa). Anyway, di sebelah utara kegiatan ini juga di kenali sebagai pekan nat, di mana nat bermakud sehari dalam bahasa Siam. Kebiasaannya akan diadakan seminggu sekali pada satu hari yang tetap.
Dikampung aku di pokok sena, pekan nat akan diadakan setiap sabu (maaf, sabtu) dari pagi sampai tengahari.
Barang-barang yang dijual adalah tipikal pasar malam, dari barang keperluan dapur, ikan, sayur sehinggalah kepada pakaian.


Barang-barang mainan pun ada di jual.


kawasan penjual buah


Masih pagi, penjual masih bersiap-siap membuka gerai. Yang tak ada gerai, dah boleh berniaga atas jalan.


Kawasan jualan barang basah. Lihat susunan ayam yang menarik.


Daging lembu turut di jual.


Di akhir masa, kesemua cili dan bendi ini akan habis di jual, termasuk yang dalam bakul tu.



Kawasan jualan ikan.



Kawasan jualan barangan dapur.


No comments: