title

18 Dec 2011

Taman Teruntum

Pada hari yang baik, cuaca cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, adalah suatu masa yang sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar. Banyak tempat boleh menjadi pilihan, taman bertasik, pantai, mini zoo, apa saja yang membolehkan kita menikmati dan membesarkan pencipta yang menjadikan tempat-tempat ini.

Beberapa ketika yang lepas aku telah membawa keluargaku ke Taman Teruntum. Berhampiran dengan Pantai Teluk Cempedak, taman ini boleh dikelaskan sebagai lagenda rekreasi Kuantan. Telah wujud sejak aku kecil lagi dan tidak mengalami banyak perubahan dan dijaga dengan baik.


Ada jualan arnab jugak. Iklan tu kene kreatip sket.


Boleh naik kuda serama. Bayaran di kenakan untuk beberapa pusingan. Bukan untuk dijual.


Mini zoo. 

I'm a peacock. You gotta let me fly.


Iguana pun ada. 


Berani betul budak ni sentuh ular. Dengan bayaran kecil anda boleh bergambar dengan ular ini.


Buaya pun nak pegang jugak.


Gerai kokotiam tok abah. 


Atas bukit, ada ladang rusa.


Boleh bagi makan rusa. Percuma. Makanan disediakan.


Makanan untuk rusa ya. Jangan makan sendiri pulak.


Pantang dapat tempat lapang. Pasti mahu lari. 


Badan je kecik, tapi lari laju. Mujur ayah pun fit jugak.


Tapi bila dah mula mahu guling atas tanah, ayah kene kutip lah.


Lepas lari-lari, boleh makan-makan di gerai.

No comments: