title

12 Jan 2012

Kisah Sihat

Tahun baru 2012 aku tidak lagi menetapkan azam apa yang nak di buat pada tahun ini. Ada dua sebab, pertama azam-azam aku tahun lepas walaupun banyak yang terlaksana tapi aku tak dapat keep track semuanya. Kedua, aku nak jadi lebih spontaneous tahun ini. Buat pekara-pekara menarik tanpa menetapkan azam merupakan azam tahun ini.

Salah satu pekara menarik yang aku nak buat tahun ini ialah patuh BMI. Nak kurangkan berat sampai BMI aku dalam paras yang sihat iaitu 19-21. Aku ada dua kilogram lagi untuk dikurangkan. Dua kilo mungkin nampak tak banyak tapi dari pengalaman aku tahun lepas, memang sukar nak buang dua kilo ni bila dah sampai tahap kurus. Nak kurangkan berat semasa kita obes lebih mudah.

Jadi apa strategi aku? mudah saja, aku nak ambil setahun ni untuk kurangkan dua kilo dan juga jadi lebih sihat. Susah? memang susah sebab aku dah cuba tahun lepas. Tanpa komitmen, usaha ini tak kan jadi.

Juga ada syarat. Aku tak kan guna jalan singkat dengan consume produk-produk kelangsingan atau beli alatan-alatan latihan yang mahal. Cuma tukar sedikit cara hidup untuk kurangkan dua kilo ni.

Cara yang aku dah buat tahun lepas ialah dengan kurangkan pengambilan nasi. Daripada nasi penuh, aku cuma ambil separuh. Kat rumah ke, kat kedai ke, sentiasa ambil separuh. Kedua aku sentiasa gandingkan dengan air suam, di mana-mana sahaja. Sentiasa order air suam. Ketiga, aku amalkan minum air kosong seliter sehari.

Kene tambah lagi aktiviti untuk tahun ni. Dan apabila kita dah nak buat komitmen macam ni, ada saja dugaan.



Hari ni saja dua dugaan datang melanda. Walaupun masih kenyang, nafsu nak jugak kita makan lagi. Tapi alhamdulillah, aku berjaya atasi. Semoga tahun ini aku akan lebih sihat.

No comments: