title

14 Jan 2012

Orang sakit

Hari ini Allah S.W.T tarik nikmat sihat dariku. Dia bukan bagi sakit teruk tapi hanya selsema. Bila dah kena selsema ni memang tak selesa. Hidung sumbat, mata silau berair, kepala pening. Nak buat apa pun tak boleh, nak tengok tv tak boleh, nak membaca tak boleh, nak surf internet lagi la tak boleh. Yang boleh hanya baring, tutup mata dan tidur sahaja. Anak minta layan bermain pun tak larat. Aku yang hanya balik ke rumah seminggu sekali ni memang la rasa ralat sangat. Tak dapat layan anak. Tapi pekara yang paling terkesankan ialah apabila isteriku tegur aku,

"dah lama tak sakitkan"

Ayat yang mudah, membuatkan aku berfikir. Ya, memang dah lama aku tak sakit. Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku selsema, bila kali terakhir aku demam, bila kali terakhir aku sakit sampai muntah, tak larat nak buat apa-apa. Aku tak pernah warded, patah anggota badan atau kemalangan. Dan bila di kenangkan kembali akan rakan-rakan yang kena semua tu, aku rasa syukur kepada Allah S.W.T. Sakit kali ni mungkin Dia ingatkan aku akan nikmat selama ni aku lupakan. Bila agaknya aku solat syukur sebab tak penah sakit? Aku tak ingat.

Petang tu aku dah ok. Siap boleh pergi jalan-jalan ke bandar. Betapa besar kuasa Allah S.W.T, sekejap sahaja nikmatNya Dia tarik, manusia boleh sedar, kepada yang mahu berfikir.

1 comment:

Mr.Clive said...

aku sakit tak selalu...tapi kalau da kene skali...adoi...siksa nyaaa