title

28 Mar 2012

Kisah benar




Tarikh   : 28 March 2012
Masa     : 2200 hrs
Tempat : Office

Mama : Adik lukis apa tu dik?
Adik   : momok.
Mama : momok? macamana adik tahu momok? nampak kat mana?
Adik   : tu, kat luar tu.

Aku, Kak Na dan Gym - teruskan kerja. buat tak tahu.

24 Mar 2012

Kena denda


Adam, walaupun sudah masuk tahun ketiga kelahirannya, tetapi pada perkiraanku masih belum mumaiyiz. Dia masih suka meneroka tanpa mengira baik buruk kepada dirinya atau orang lain. Masih belum ada rasa malu. Masih buat pekara yang ditegah walaupun sudah dinasihat. Pada mulanya kami mengambil sikap dia masih kecil lalu tidak perlu dimarah, tetapi kali ini pendekatan ini perlu ditukar.
Masih tidak akan memarahinya tetapi kami akan bagitahu apa yang perlu dibuat. 
Semalam dia tumpahkan susu kotak, dan ini bukan kali pertama dia melakukannya, jadi daripada memarahinya, kami beri dia kain basah dan minta dia bersihkan lantai itu. Dia menurut tanpa membantah, sesuatu aku yang tidak sangka. Walaupun pembersihannya tidak sempurna (masih perlu di mop) tetapi padaku ini satu permulaan yang baik.
Sebelum ini kami akan memarahinya dengan rotan. Tetapi pendekatan ini padaku kurang sesuai kerana kami tidak memberi penyelesaian kepadanya. Sekurangnya dia tahu apa perlu dibuat jika dia masih melakukannya. Kami perlu membimbingnya dengan kerap dan dengan itu kami bermohon kepada Allah S.W.T semoga diberi kekuatan kepada kami untuk membimbing hambaNya yang satu ini.

21 Mar 2012

Jiwa kacau dengan crossover cable


Pagi ni bila sampai je kat office, tengok ada geng tengah sarapan, lalu membuat keputusan untuk singgah kentin dulu. Sama-sama masuk dengan bos, dan sebelum sempat aku meletakkan beg bos dah mintak aku buat crossover cable. Hmm, crossover cable ye? dah lama tak main crimp cable ni. Paling best bila memikirkan office kompeni IT ini tiada cable crossover. Fakta yang menarik. Lalu dengan tak berlengah selepas sarapan di kentin sambil mendengar kisah jiwa kacau, aku mengambil satu straight cable, potong satu bahagian hujung dan pintal cable itu mengikut gambarajah yang telah di bing (tipu, aku guna google sebenarnya dan ya, dah tentu aku google dulu, sapa la yang hapal susunan kabel tu). Aku tahu crimp cable ni payah dan aku rasa kali terakhir aku buat benda ni ada la dua tahun lepas. Sejam pastu siap la satu hujung tu (masa ni cerita jiwa kacau masih tak abis lagi). Aku test guna cable tester dan aku rasa jadi sebab susunan led tu tak selari (sebenarnya aku tak pasti pun). Lepas tu dop chare dah (dah tak amik port) sebab banyak lagi keje lain nak kene buat. Sakit hujung jari ni nak susun cable tu. Dan semuanya berbaloi bila bos cakap cable tu menjadi guna.

12 Mar 2012

Semasa hujan

Petang tadi hujan. Sebenarnya semenjak pagi atau dari semalam lagi. Suasana nyaman dan sejuk. Seronok tidur ni detik diri. Terasa culas nak ke masjid. Nafsu mula memberi idea alasan tak mahu ke masjid. Boleh membaca, tengok movie atau update blog. Tetapi hati memujuk untuk pergi jua ke masjid. Dalam dok bergadoh antara diri, nafsu dan hati, tiba-tiba teringat pada kata-kata ustaz semasa kuliah Maghrib.

"Jika hati terdetik untuk berbuat kebaikan, jangan dinafikan dia".

Lalu terasa diri dan nafsu mengalah, ku kuatkan diri bersiap dan terus ke masjid. Ku praktikan apa yang telah dipelajari, masuk kaki kanan, doa masuk masjid, solat tahiyatul masjid dan mengaji. Maghrib didahului dan diakhiri dengan solat sunat rawatib dan selepas itu mengikuti kuliah maghrib.

Dan betapa tersentak diri dan nafsu dan betapa terharunya hati apabila diingatkan oleh guru yang menyampaikan kuliah betapa jemaah menghadiri masjid pada ketika itu dipilih oleh Allah S.W.T. Diberi kekuatan olehNya untuk meninggalkan keselesaan rumah dan mengharungi hujan untuk  solat berjemaah dan duduk dalam sejuk mendengar kuliah agama.
Inilah peluang yang aku tidak boleh persiakan. Selanjutnya lagi guru menasihati supaya dimanfaatkan umur yang ada. Betapa dekat kita dengan maut setiap hari. Tambahlah ibadat wajib dengan ibadat sunat dan dekatilah masjid. Berjemaahlah setiap kali solat dan bangunkanlah solat malam.

Sesungguhnya Allah dengan kuasaNya memberikanku kekuatan untuk membuat keputusan yang tepat ini untuk mengunjungi rumahNya. Syukurku pada Allah S.W.T.

//Terdetik dihati ini untuk berpuasa sunat. Mampukah aku?

10 Mar 2012

Dua bulan tak update blog

Ya, hampir dua bulan semenjak blog post aku yang terakhir. Kenapa tak update? Malas? Itu memang sebahagian dari alasannya. Tetapi aku lebih suka nak cakap penat sebagai alasan yang lebih merdu.

Kenapa penat? Sebenarnya semenjak last post itu hidup aku ada sedikit berubah. Terutamanya pada hari bekerja selepas waktu bekerja. Selepas waktu pejabat pada tiga hari pertama aku akan bergegas balik rumah, bersiap untuk mengaji. Ya, aku dah mula belajar mengaji balik untuk kukuhkan lagi/ ulangkaji selepas sekian lama tidak berguru. Terima kasih kepada keluarga ipar yang menjemput ustaz untuk mengajar. Aku tumpang belajar je.

Kemudian selepas mengaji, aku terus bersedia untuk ke masjid. Pukul tujuh aku dah ada kat masjid, ulang mengaji, solat maghrib, dengar kuliah dan solat isya. Selesai kol sembilan gitulah. Bab kuliah nanti aku kisahkan lagi.

Balik rumah, makan lepas tu tunggu jap depan tv untuk tengok 30 minit Ustaz Don. Selesai sampai kol sepuluh. Sah-sah dah penat lepas tu. Yelah, dari kol 630 pagi tak tido kan. Jadi nak berfacebook pun tak larat, apatah lagi nak update blog.

Hujung minggu, Semuanya diperuntukkan untuk keluarga. Jumaat seharian dengan Adam, Sabtu pulak dengan isteri tercintak plus Adam. Mostly hujung minggu aku memang tak berinternet.

Jadi begitulah ceritanya, hidup ini masih lagi tak sempurna, aku akan terus perbaiki. Jalan dah ada, panduan pun dah ada, motivati je kene up sikit lagi. Semoga Allah kuatkan diriku untuk bergerak ke arahNya.