title

24 Mar 2012

Kena denda


Adam, walaupun sudah masuk tahun ketiga kelahirannya, tetapi pada perkiraanku masih belum mumaiyiz. Dia masih suka meneroka tanpa mengira baik buruk kepada dirinya atau orang lain. Masih belum ada rasa malu. Masih buat pekara yang ditegah walaupun sudah dinasihat. Pada mulanya kami mengambil sikap dia masih kecil lalu tidak perlu dimarah, tetapi kali ini pendekatan ini perlu ditukar.
Masih tidak akan memarahinya tetapi kami akan bagitahu apa yang perlu dibuat. 
Semalam dia tumpahkan susu kotak, dan ini bukan kali pertama dia melakukannya, jadi daripada memarahinya, kami beri dia kain basah dan minta dia bersihkan lantai itu. Dia menurut tanpa membantah, sesuatu aku yang tidak sangka. Walaupun pembersihannya tidak sempurna (masih perlu di mop) tetapi padaku ini satu permulaan yang baik.
Sebelum ini kami akan memarahinya dengan rotan. Tetapi pendekatan ini padaku kurang sesuai kerana kami tidak memberi penyelesaian kepadanya. Sekurangnya dia tahu apa perlu dibuat jika dia masih melakukannya. Kami perlu membimbingnya dengan kerap dan dengan itu kami bermohon kepada Allah S.W.T semoga diberi kekuatan kepada kami untuk membimbing hambaNya yang satu ini.

1 comment:

Mat Som said...

Seronok saya baca entri Sdra dalam melihat perkembangan anak.


Teruskan, semoga anak-anak sdra jadi kanak-kanak yg pintar.