title

10 May 2012

Ikea

Siri balik kampung hampir sampai ke penghujung. Hari ini berperjalanan pulang ke Kuantan semula dan singgah di Kuala Lumpur semalaman, bermalam di rumah adik isteriku. Setelah merancang agak lama, akhirnya dapat juga menjejakkan diri ke Ikea di Damansara. Terus dari Parit Buntar, mencari Ikea  ni agak mudah dengan bantuan GPS, walaupun terpaksa 'detour' jgk beberapa kali.


Kereta KDN dah sampai Ikea.



Ini pintu masuk dari tempat parking kereta. Parking area Ikea memang selesa. Berlampu terang dan banyak pandu arah yang membantu. Maaf tiada gambarnya di sini.


Singgah terus makan tengahari.


Makanan yang disediakan tidaklah banyak. Boleh dikatakan amat terhad sangat. Tetapi bolehla untuk makan untuk kenyang. Terbaik ialah bebola daging dia. Ini kiranya mesti orderla. Kita juga boleh experience dengan barangan Ikea kat sini. Hampir semuanya guna barangan Ikea.


Ini kalo ruang rumah besar, ada duit, pastu rajing ngat nak assemble, bulih la beli.



Satu benda yang aku perasan pasal barangan Ikea ni, kat iklan dan kat ruang pameran dia, memang nampak gah. Kita macam nak beli je. Tapi bila dah beli, dah pasang, nampak biasa je.


Antara barangan yang di beli. Barang kecik-kecik je.


Siap ada senarai. Senarai ni boleh di buat dalam laman web Ikea. Senang nak cari barang kat Ikea bila ada list ni, siap ngan harga lagi.


Gudang Ikea.


Dah tido pun Adam selepas berkejar-kejaran. Kalo anak anda amat-amatlah aktif, boleh tinggalkan kat Kid Zone Ikea. Tapi masa kami datang ni dah tutup, so kene bawak dia jugaklah. Memang mencabar.

7 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Buku : Chowrasta Used Bookstore

Bila isteri aku cakap nak ke Chowrasta cuti ni, aku terus bukak internet. Aku tak pernah dengar nama Chowrasta walaupun isteri aku dah pergi lama dulu dan kampung ayah aku kat Pulau Pinang. Rupa-rupanya Chowrasta ni terkenal dengan jualan buah pala dan jeruk buah. Bila digoogle lagi keluarla link pasal satu used bookstore ni. Lalu aku jadi teruja nak habiskan duit kat situ.

Kedai buku ni kat tingkat atas. Sampai-sampai je memang terus jadi seronok. Sayangnya tak dapat lama-lama kat sini. Jadi lain kali kene datang sorang-sorang awal-awal pagi, memerap kat sini. Kedai buku ni dibuka dari sepuluh pagi hingga enam petang setiap hari.


Ada tanda arah. Kalau tak ikut sesat. Kene balik ke pangkal jalan pulak.


Feel right at ...a used books bookstore.





Banyak buku-buku lama. Aku beli satu dari buku-buku dalam gambar ni.


Adam pun suka...berlari di celah celah buku. 


5 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Makan: Laksa Teluk Kechai

Aku tak tahu kenapa semasa aku belajar di UUM dahulu, tak dikenali langsung akan laksa Teluk Kechai ni. Bukan saja aku yang lahir je kat Kedah tak tahu, malah yang tinggal di Alor Setar pun tak pernah war-warkan kat kami. Tapi tahun ni, laksa Teluk Kechai menjadi antara agenda kami. Memudahkan perjalanan, nama gerai laksa Teluk Kechai ini malah terdapat dalam GPS buatan China kami. Mudahlah nak kesana. Kepada yang takde GPS boleh la ikut papan tanda ke Kuala Kedah, sebab Teluk Kechai ni terletak di Kuala Kedah.


Inilah dia Zakaria Laksa kat Teluk Kechai. Laksa dia cair, yang jadi sedapnya sebab ada sambal kelapa dan ikan segar yang dijadikan kuahnya. Kepada yang gemar laksa penang yang pekat dan banyak bahan-bahan tambahan, laksa ini memang sesuatu yang baru untuk selera anda.


Boleh tambah telur kalau mahu.


Hidangan sampingan ialah sate. Ada juga laksam.


Beres sudah.

Sate ialah untuk Adam. Habis dimakannya.





Inilah tempat yang kami pergi. Lihat kenderaan bersusun parking sepanjang jalan.


Pengunjung ramai. Tapi tempat sentiasa ada. Untuk sebab-sebab tertentu, pengunjung tidak menghabiskan masa terlalu lama disini. Servis juga cepat. Mungkin kerana menu yang eksklusif.



Salah satu kedai lain di deretan yang sama.


Jauh parking. Tapi hati dan selera puas dapat makan Laksa Teluk Kechai. Alhamdulillah.

4 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Buku : Kedai Kitab Pekan Rabu

Setiap kali sampai ke Alor Setar, Pekan Rabu pasti tak lupa kami singgah. Hampir semua buah tangan yang dibawa balik dibeli dari sini. Takkan lupa beli belacan dan asam. Terbaik dari Kedah. Selain dari itu, aku suka singgah kat satu kedai buku ni. Kedai ni jual kitab dan buku-buku agama sahaja. Ada kitab -kitab lama macam Nur Al-Yakin versi jawi dan arab. Cari-cari buku, sejam jugaklah aku boleh berdiri kat kedai ni.



Kedai buku dan kitab Cahaya Mizan.


Kitab-kitab jawi. Murah-murah.

Pekan Kemboja

Meneruskan acara cuti panjang satu Malaysia hari ini. Berperjalanan ke Pokok Sena, Alor Setar Kedah. Tetapi adik menyarankan singgah ke Pekan Kemboja di Permatang Tok Mahat dahulu. Di sana ada jualan kain, tudung. Hanya ada pada Jumaat dan Isnin pagi sebelum tengahari. Lalu kami singgah.
Permatang Tok Mahat ni memang tak jauh dari Parit Buntar. Terletak ke sebelah kanan (dari arah Parit Buntar) di simpang empat tiga negeri, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Pekan Kemboja merupakan kawasan kejiranan orang-orang keturunan Kemboja di sini. Mungkin sudah lama, maka tidak lah ketara lagi akan kekembojaannya. Kecuali kepada anak-anak gadis yang berjualan di sini. Jadi kepada mereka yang tidak berbelian, bolehlah meninjau-ninjau akan keserian kawan serumpun kita ini.



Baju-baju baru dengan harga yang murah.


Merokok membahayakan kesihatan.


Jubah-jubah pun ada.



Ok. Sebenarnya harga murah jika anda beli dalam pukal. Bisnes sebenar di Pekan Kemboja inilah dia. Hampir semua gerai menjual dalam bentuk kodi iaitu pukal dalam 20 unit seikat. Harga boleh jatuh sehingga 40% dari harga pasar malam. Itu kalau beli sekodi. Kebanyakan yang berbelian di sini ialah peniaga pasar malam. Memang susah nak jumpa kedai yang jual runcit.


Gerai-gerai di buka di depan-depan rumah seperti ini.



Antara kedai jualan runcit. Kena beli banyak juga, iaitu tiga pasang.


Harga jualan runcit tak jauh bezanya dengan pasar malam. Mungkin murah 2-3 ringgit sahaja.



Kat belankang rumah orang ni makcik-makcik ni berjualan barangan dapur. Yang kiri tu berjualan ubat.




Balik selepas berpusing-pusing disini. Ini dalam pukul 11 pagi. Sudah panas di sini.









1 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Makan : Al Rawsha

Selain pesta buku, pekara yang turut di rancang sempena cuti ialah berjumpa sahabat baik sekolah, Raja Harmaini. Telah di maklumkan kepadanya akan kedatanganku ke Ibukota dan janji dimetrai untuk bertemu. Agenda makan malam. Raja membawa kami ke restoran makanan arab kebiasaannya, Al Rawsha. Terletak Jalan Kampung Pandan, menurut Raja dahulunya Al Rawsha ini hanyalah restoran kecil saja di Jalan Ampang. Raja memesan dan kami menghabiskan. Memang pengalaman pertama makan makanan ber'genre' arab tulen.


Kekenyangan. Lalu tak sempat balik hotel sudah tidur.


Antara menu. Teh pudina, kebab, nasi arab. Tak teringat merasa kopinya.



Ini bukan Safee Sali. Tetapi Raja Harmaini. Sedang memilih juadah.