title

10 May 2012

Ikea

Siri balik kampung hampir sampai ke penghujung. Hari ini berperjalanan pulang ke Kuantan semula dan singgah di Kuala Lumpur semalaman, bermalam di rumah adik isteriku. Setelah merancang agak lama, akhirnya dapat juga menjejakkan diri ke Ikea di Damansara. Terus dari Parit Buntar, mencari Ikea  ni agak mudah dengan bantuan GPS, walaupun terpaksa 'detour' jgk beberapa kali.


Kereta KDN dah sampai Ikea.



Ini pintu masuk dari tempat parking kereta. Parking area Ikea memang selesa. Berlampu terang dan banyak pandu arah yang membantu. Maaf tiada gambarnya di sini.


Singgah terus makan tengahari.


Makanan yang disediakan tidaklah banyak. Boleh dikatakan amat terhad sangat. Tetapi bolehla untuk makan untuk kenyang. Terbaik ialah bebola daging dia. Ini kiranya mesti orderla. Kita juga boleh experience dengan barangan Ikea kat sini. Hampir semuanya guna barangan Ikea.


Ini kalo ruang rumah besar, ada duit, pastu rajing ngat nak assemble, bulih la beli.



Satu benda yang aku perasan pasal barangan Ikea ni, kat iklan dan kat ruang pameran dia, memang nampak gah. Kita macam nak beli je. Tapi bila dah beli, dah pasang, nampak biasa je.


Antara barangan yang di beli. Barang kecik-kecik je.


Siap ada senarai. Senarai ni boleh di buat dalam laman web Ikea. Senang nak cari barang kat Ikea bila ada list ni, siap ngan harga lagi.


Gudang Ikea.


Dah tido pun Adam selepas berkejar-kejaran. Kalo anak anda amat-amatlah aktif, boleh tinggalkan kat Kid Zone Ikea. Tapi masa kami datang ni dah tutup, so kene bawak dia jugaklah. Memang mencabar.

No comments: