title

4 May 2012

Pekan Kemboja

Meneruskan acara cuti panjang satu Malaysia hari ini. Berperjalanan ke Pokok Sena, Alor Setar Kedah. Tetapi adik menyarankan singgah ke Pekan Kemboja di Permatang Tok Mahat dahulu. Di sana ada jualan kain, tudung. Hanya ada pada Jumaat dan Isnin pagi sebelum tengahari. Lalu kami singgah.
Permatang Tok Mahat ni memang tak jauh dari Parit Buntar. Terletak ke sebelah kanan (dari arah Parit Buntar) di simpang empat tiga negeri, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Pekan Kemboja merupakan kawasan kejiranan orang-orang keturunan Kemboja di sini. Mungkin sudah lama, maka tidak lah ketara lagi akan kekembojaannya. Kecuali kepada anak-anak gadis yang berjualan di sini. Jadi kepada mereka yang tidak berbelian, bolehlah meninjau-ninjau akan keserian kawan serumpun kita ini.



Baju-baju baru dengan harga yang murah.


Merokok membahayakan kesihatan.


Jubah-jubah pun ada.



Ok. Sebenarnya harga murah jika anda beli dalam pukal. Bisnes sebenar di Pekan Kemboja inilah dia. Hampir semua gerai menjual dalam bentuk kodi iaitu pukal dalam 20 unit seikat. Harga boleh jatuh sehingga 40% dari harga pasar malam. Itu kalau beli sekodi. Kebanyakan yang berbelian di sini ialah peniaga pasar malam. Memang susah nak jumpa kedai yang jual runcit.


Gerai-gerai di buka di depan-depan rumah seperti ini.



Antara kedai jualan runcit. Kena beli banyak juga, iaitu tiga pasang.


Harga jualan runcit tak jauh bezanya dengan pasar malam. Mungkin murah 2-3 ringgit sahaja.



Kat belankang rumah orang ni makcik-makcik ni berjualan barangan dapur. Yang kiri tu berjualan ubat.




Balik selepas berpusing-pusing disini. Ini dalam pukul 11 pagi. Sudah panas di sini.









No comments: