title

1 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Buku : Pesta Buku KL 2012

Maka bermulalah kisah cuti panjang tahun ini. Cuti selama dua belas hari. Bukan sebab mahu balas dendam kerja teruk, tapi kalau tidak diambil, cuti baki bawa depan ini akan hangus begitu saja. Jadi perancangannya mestilah diambil bulan ini, setelah belanjawan membenarkan.

Salah satu perancangannya ialah singgah di Kuala Lumpur pada hari pertama cuti, untuk menghadiri pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur. Ini adalah sebab cuti ditangguhkan dari bulan sebelumnya, untuk  memberi dompet ruang yang lebih luas untuk berbelanja.

Kali pertama ke "event" sebegini dan kali pertama juga ke PWTC, jadi untuk tidak menyulitkan keadaan, kami menginap di hotel betul-betul seberang PWTC setelah juga mengambilkira sewanya yang agak patut.

Terima kasih kepada isteri yang memberi peluang bersendiri ke pesta buku. Dia tahu benar akan sikapku bila membelek buku, malahan emak pun sudah beritahu supaya pergi seorang.

Sampai sahaja di depan PWTC rasa menyesal sendiri. Melihatkan betapa ramai manusia, tidak pernah aku lihat begitu sebegitu ramainya di satu-satu tempat. Sudah mula rasa lemas. Nota buku-buku yang hendak dicari pula tidak dibawa, lalu sesat sendiri di PWTC. Membuat keputusan terus saja meredah lautan manusia, singgah di setiap "booth" melihat setiap buku tanpa idea untuk membeli. Harap-harap diri ini bernasib baik.


Akhirnya terjumpa ini. Benda paling berguna sebab pamplet peta sudah habis. 


Antara booth yang mengambil bahagian.


Makanan dari luar tidak dibenarkan masuk, tetapi ada jualan makanan di dalam dengan kupon.


Tempat makan juga disediakan.


Jualan cenderahati


Mestila ada kegiatan promosi dan acara-acara sampingan.


Sebenarnya merancang mahu berjumpa Fadzilah Kamsah, tapi kelambatan. Pusing-pusing, terjumpa Faisal Tehrani. Terus beli buku dia walaupun tak dirancang mulanya. Dapat la tandatangan dia. 



Beli Ingin Jadi Nasrallah dan Tuhan Manusia.


Juga berjumpa Hj Muhammad Zakaria dari Malalah Solusi. Ini di booth PSN, syarikat penerbitan miliknya. 


Tak lupa kepada adik-adik bangla yang bekerja pada hari cuti umum ini. Sempat posing tu.



Hari kedua cuti hari bekerja, berharap orang kurang, tetapi dipenuhi pula dengan pelajar-pelajar sekolah. Juga ada event untuk mereka.



Hari kedua pergi dengan Adam dan ibu. Dapat makan aiskrim.


Tidur setelah makan aiskrim.

Setelah dua hari dan ratusan habis disini, terasa tahun depan mahu datang lagi. Harap persiapan lebih baik lagi. Jika hendak kesini kena pastikan membawa beg galas jika memang hendak beli buku. Beg-beg plastik hanya akan menyakitkan tangan anda. Peta dan senarai booth juga perlu dibawa bersama. Pada yang jauh, menginap dekat dengan PWTC untuk kurangkan waktu perjalanan. Jika hendak membeli buku, beli dari penerbit untuk harga terbaik dan hadiah sampingan. Datang awal pagi. Bawa kelengkapan solat (jika duduk jauh). 

Mahu datang lagi tahun depan. Jika ada.






No comments: