title

5 May 2012

Siri Jalan-jalan Cari Makan: Laksa Teluk Kechai

Aku tak tahu kenapa semasa aku belajar di UUM dahulu, tak dikenali langsung akan laksa Teluk Kechai ni. Bukan saja aku yang lahir je kat Kedah tak tahu, malah yang tinggal di Alor Setar pun tak pernah war-warkan kat kami. Tapi tahun ni, laksa Teluk Kechai menjadi antara agenda kami. Memudahkan perjalanan, nama gerai laksa Teluk Kechai ini malah terdapat dalam GPS buatan China kami. Mudahlah nak kesana. Kepada yang takde GPS boleh la ikut papan tanda ke Kuala Kedah, sebab Teluk Kechai ni terletak di Kuala Kedah.


Inilah dia Zakaria Laksa kat Teluk Kechai. Laksa dia cair, yang jadi sedapnya sebab ada sambal kelapa dan ikan segar yang dijadikan kuahnya. Kepada yang gemar laksa penang yang pekat dan banyak bahan-bahan tambahan, laksa ini memang sesuatu yang baru untuk selera anda.


Boleh tambah telur kalau mahu.


Hidangan sampingan ialah sate. Ada juga laksam.


Beres sudah.

Sate ialah untuk Adam. Habis dimakannya.





Inilah tempat yang kami pergi. Lihat kenderaan bersusun parking sepanjang jalan.


Pengunjung ramai. Tapi tempat sentiasa ada. Untuk sebab-sebab tertentu, pengunjung tidak menghabiskan masa terlalu lama disini. Servis juga cepat. Mungkin kerana menu yang eksklusif.



Salah satu kedai lain di deretan yang sama.


Jauh parking. Tapi hati dan selera puas dapat makan Laksa Teluk Kechai. Alhamdulillah.

No comments: