title

22 Dec 2012

Memilih keutamaan dari pilihan


Kita selalu dihadapkan dengan banyak pilihan semasa menjalani kehidupan. Samada cadangan itu datang dari orang yang kita kenali atau dari urusan hidup yang kita jalani. Seringkali sahaja kemudiannya pilihan-pilihan ini menjadi satu tekanan dalam hidup kita untuk memilihnya atau menolaknya.
  • Hendak sambung belajar atau mencari kerja
  • Meneruskan kerjaya atau mendirikan rumahtangga
  • Meneruskan kerjaya atau mula berniaga
Ini adalah pilihan-pilihan besar dalam hidup kita. Bukan sekadar membuat keputusan untuk makan apa pada waktu-waktu tertentu atau pakaian apa yang hendak dipakai. Kita berbicara mengenai pekara yang boleh merombak aturcara hidup kita yang kita jalani setiap hari ini.
Selalu saja pilihan-pilihan ini berlalu tanpa tindakan. Biasanya terjadi jika kita telah berada didalam zon selesa. Namun, ada masanya pilihan ini menjadi tekanan. 
Tekanan terjadi apabila lahir desakan. Boleh jadi daripada orang luar dan boleh jadi dari perasaan kita sendiri. Apabila anda mula memikirkan pilihan tanpa mendapat jawapan yang pasti dan anda mula memikirkannya berulang kali atau anda menerima desakan dari pihak luar itulah yang dinamakan tekanan. Tekanan adalah satu makhluk hidup yang boleh membesar dan memudaratkan ibarat kanser.

Bagaimana menghindari tekanan dari pilihan yang datang?
Perkataan yang anda mahu dengar ialah KEUTAMAAN. Keutamaan adalah asas kepada pilihan-pilihan yang kita mahu buat dalam kehidupan kita. Jika kita tahu apa yang kita perlu utamakan dalam kehidupan kita, semua pilihan yang datang kepada kita boleh diputuskan dengan mudah. 

Menentukan keutamaan
Kita menentukan keutamaan dengan membentangkan VISI kehidupan. Visi ialah apa yang kita hendak capai dalam kehidupan kita dalam tempoh tertentu. Mulakan membentang visi dengan format visi-pencapaian-tempoh.
  • keluarga - mempunyai pasangan dan anak dalam 3 tahun
  • kerjaya - menjadi pengurus dalam masa 5 tahun
  • akademik - mempunyai phd dalam masa 2 tahun, mengambil peperiksaan SPM.
Visi adalah pekara terbesar yang anda mahu capai dalam kehidupan anda, jadi anda boleh mempunyai satu visi sahaja dalam tempoh tertentu. 
Kebiasaannya visi akan datang secara spontan berdasarkan situasi kehidupan anda sekarang 
Sekarang visi anda adalah keutamaan anda. Setelah anda berpegang teguh dengan visi yang anda ingin capai, maka pilihan-pilihan yang datang kemudiannya boleh diputuskan dengan mudah. Pekara yang paling menarik ialah jika anda menerima cadangan atau desakan dari pihak luar, anda boleh memberikan jawapan yang tegas yang betul-betul datang dari diri anda sendiri. 

No comments: